Monday, November 29, 2010

musuh dalam selimut..sangat bahaya!!

kawan macam ni la yang paling ditakuti dan patut dihindari..tak kenai dengan mereka-mereka ini pun tak rugi..dengki dengan kelebihan orang lain..kembalilah ke jalan yang lurus..semoga tuhan membuka pintu hati mereka agar kembali ke jalan yang benar..aminn!!

Monday, November 22, 2010

cuti sekolah maka adalah kenduri kawen

Adalah wajib bila tibanyamusim cuti sekolah makanya berderet-deret kenduri kawen perlu dihadiri..kalau berkesempatan tu, hadirkanlah diri..bila menghadiri kenduri..dapat jugak berjumpa dengan kawan2 lama..bertukar-tukar cerita..tak ada ruginya menghadiri majlis tersebut.
Semalam dapat jugak aku menghadiri majlis pertunangan sepupuku. masing-masing sibuk bekerjaya sampai tak sempat berjumpa..jadi semalam dapatlah bersembang setelah sekian lama tak bersembang. dapat jugak melepas rindu..haha..niway, tahniah pada kak pishah atas pertunangan semalam..:))

Wednesday, November 17, 2010

zaman muda



Tamatlah zaman persekolahan

Ku masih dihantui memori

Waktu Kecil waktu yang gemilang

Oh tuhan ku tak mahu pergi




bila dengar lagu ni muda by hujan..sgt best..rentaknya yg cacthy dan lirik yg simple..sapa2 un boleh paham.Waktu yg paling syok adalah waktu mengaji (mengaji yg di maksudkan di sini adalah belajar.loghat utara sket..hehe)




masa yg akan dikenang adalah zaman persekolahan..macam-macam kenangan ada, jadi budak baik, budak nakal..cikgu suruh pi prep sembunyi blakang katil..haha..yg sembunyi dalam loker pon ada..bila dah matang pakat gelak zaman ngok ngek..anyway, klu jadi budak nakal sikit tak pa sebab dapat rasa zaman muda jiwa tengah memberontak tu macam mana..normal la tu..




Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha


sempena aidiladha yang mulia ini, marilah kita memikirkan apakan pengorbanan besar yang telah kita lakukan. Sebagai insan kerdil jika kita tak dapat melakukan pengorbanan terhadap agama, bangsa atau negara tetapi cukuplah sekadar berkorban untuk kedua ibu bapa kita. Pahalanya tersangat la besar..tidak rugi di dunia dan di akhirat..malah diberkati hidup kita sebagai anak-anak mereka yang diredhai..Tidak gunanya hidup tanpa keredhaan kedua ibu bapa tercinta biar pun harta berkoyan-koyan...Di kesempatan ini.. saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam..

Sunday, October 24, 2010

ujian personaliti

adakah perlu jika menduduki peperiksaan ujian personaliti perlu dijawab dengan jujur? saya kira, jujur pun haruslah bertempat..contohnya begini...adakah anda seorang yang emosional? secara umumnya..manusia mempunyai emosi yg berbagai-bagai..bergantung pada keadaan..jadi tak salah jikalau kita menjawab tidak pada soalan tersebut..boleh kan..haha!! cuma terdapat satu kemusykilan yg ada pd otak saya pada soalan akhir kemarin tuk jwtn peg. perkhidmatan pendidikan siswazah: adakah anda akan berasa cemburu jika kekasih anda keluar dengan orang lain? ya atau tidak..apa motif soalan ni?? haha..

*maybe soalan ni nak tgk dr sudut positif..:' keluar dgn org lain' tu bermaksud kelaur dengan jantina yg sama..jadi jwpnnya mesti ya..hikhik..bleh diterima dak

Wednesday, October 20, 2010

beware of strangers!!

pagi tadi masa on d way nak pi keja....sampai kat ujung airport..nampak keta kancil parking tepi jalan...pastu sorang mamat foreigner keluar dari kereta tersebut...ku pikir..maybe keta dia rosak or dia nak tny jalan..dgn xsemena-mena dia melintas jalan cam nak menghalang laluanku..lalu dia melambai ke arahku mengisyaratkan supaya ku berhenti..aku pon rasa takut (dok pikiaq negatif, taktik nak merompak ka) lalu terus memecut waveku...haha,,ada ka patot bt camtu..pastu terpikiaq plak..ish, kesiannya mamat tu, mana tau kot dia nak tny jalan ka..tapi itu mmg jalan selamat bagiku..lagi pon byk keta lalu lalang situ..smoga ada yg memberi pertolongan padanya..heee..sorrryy!! prevent is better than cure (apa akan jadi sekiranya anda berada di tempat mamat tersebut pd satu hari nanti?)

Friday, October 15, 2010

lucky day

*Inilah Krabi Island yg cantik..lihat airnya..crystal clear water....syoknya klu dpt snorkeling



Harini merupakan hari yang agak bertuah bg saya sebab..saya dpt buat sale untuk trip thailand..hehe..This is the 1st time beb!..Sebelum ni mana penah jual tour tu..yg slalu jual pon cam island hopping, mangrove, snorkeling, round island tour ja...lagipun saya tlg kaver bhgn sale sbb tak dak pekerja..haha..Naseb la, ada tny kat sorang staf ni camna prosedur nak ke Krabi..dan dia yg memberi segala maklumat..tima kasih fizah..

Tadi dapat jual kpd 2org minah chinese warganegara amerika...Trip yg diorang ambil adalah Langkawi ke Krabi..Punya la dok bercerita kat guest ni pasai Krabi...macam penah pi ja..hehe..hope someday dapat jejak kaki kat sana..Guest ni dgn konfidennya terus beli tour..yeay!! Diharap lepas ni dapat jual byk tour dan dpt meningkatkan prestasi kerja..Have a nice vacation to both of you..:)

Thursday, October 14, 2010

happy..happy..happy birthday adik k-rol

Setelah sekian lama tak menjenguk blog ni..da berhabuk pon..haha!! tiba-tiba hari ni ada semangat nak mencoretkan sesuatu.semalam saya telah diinvite oleh sorang skoolmate melawati blog dia...mmg menarik blog dia..menceritakan kehidupannya hidup di negeri orang..gambar-gambar yang diambil pun sangat 'nice'..Lepas ni memang kena jadi follower blog dia..heeeee...Eh, nak cerita pasai birthday adik bongsu saya.

Harini merupakan hari lahir adik saya yang paling kecik..namanya Khairul Bariyyah tapi kami adik beradik lebih senang memanggilnya 'mek yah'...nampak macam agk kasar tapi..mesra..haha..Petang tadi menghabiskan masa bersama-sama di KFC sambil menikmati sunset..sunset la sangat..

Sempena hari bersejarah mek yah..kak own nak mengucapkan 'Selamat hari lahir'.semoga kejayaan terus mengiringi perjalanan..amin!!