Thursday, February 24, 2011

mau bayar ptptn..cepat la selesai hutang!!

selama ini kerunsingan melanda diri tentang status pinjaman..adakah layak mendapat potongan 1% tersebut? Dulu penah pihak ptptn bg emel utk penukaran kadar faedah yang dikenakan daripada 3% kpd 1%. saya pun terus la isi maklumat yang dia nak tu..memang simple ja isi..tak sampai 5 menit pun. Kemudian, ada emel dari ptptn bagitau tak layak memohon lagi sbb tempoh permohonan tak sampai lagi.

Ok la, tunggu dulu..pastu sampai pulak surat dari ptptn suruh update maklumat utk dapatkan kelonggaran pengurangan pembayaran tu..siap ada due date 28 februari 2011 lagi tuh..saya pun terus masuk website, masukkan no. ic dan emel..pastu keluar mesej camni..

Pelajar yang mempunyai "Grace Period" tamat selepas Oktober kerana Jadual Bayaran Balik masih belum di plot.

oh, apakah maksud mesej tersebut..sungguh tak paham..untuk mengatasi masalah tersebut, saya terus call ptptn dan tanya camna bleh jadi camtu..cik pegawai tu bgtau sy tak layak mohon lagi..tunggu sehingga jadual pembayaran akan dikeluarkan..haha!! senang hati saya dpt jawapan camtu..buat ketaq ja kalau tak dapat byr interest 1% tu..jadi lepas ni bersedia membayar..hoyeh!! syok plak..pelik..pelik..

Wednesday, February 23, 2011

I'm Yours Acoustic



vanessa hudgens alike!! very cute and talented..wishing her can be famous like justin bieber

Saturday, February 5, 2011

semoga rakyat malaysia di mesir selamat

Punca rusuhan yang berlaku di Mansoura, Mesir adalah disebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden mereka iaitu Hosni Mubarak yang telah memerintah selamat 3 dekad tetapi tiada perubahan yang berlaku kepada negara tersebut. Oleh itu, rakyat Mesir berusaha menggulingkan presiden mereka.

Kekacauan telah berlaku menyebabkan aktiviti terpaksa dihentikan, perkhidmatan internet tidak dapat diakses. Namun, ketika ini..perkhidmatan internet sudah dapat diakses semula, mesin ATM dapat berfungsi semula. Mendengar tentang perkembangan terkini ini dapat mengubat kerisauan seluruh rakyat Malaysia.

Khabarnya seramai 5000 banduan telah terlepas. Jumlah sebegitu bukannya sedikit dan banduan tersebut bukan calang-calang penjenayah. Hal inilah yang merisaukan kaum keluarga rakyat Malaysia kita. Namun, syukur alhamdulilah, rakyat kita di sana selamat. Ada juga blog-blog yang memaparkan kisah tokok tambah yang menambahkan kerisauan masyarakat. Abaikan saja. Mari kita berdoa semoga 11000 rakyat Malaysia di sana selamat, tiada pertumpahan darah dan keadaan politik di sana akan kembali stabil.