Monday, November 29, 2010

musuh dalam selimut..sangat bahaya!!

kawan macam ni la yang paling ditakuti dan patut dihindari..tak kenai dengan mereka-mereka ini pun tak rugi..dengki dengan kelebihan orang lain..kembalilah ke jalan yang lurus..semoga tuhan membuka pintu hati mereka agar kembali ke jalan yang benar..aminn!!

Monday, November 22, 2010

cuti sekolah maka adalah kenduri kawen

Adalah wajib bila tibanyamusim cuti sekolah makanya berderet-deret kenduri kawen perlu dihadiri..kalau berkesempatan tu, hadirkanlah diri..bila menghadiri kenduri..dapat jugak berjumpa dengan kawan2 lama..bertukar-tukar cerita..tak ada ruginya menghadiri majlis tersebut.
Semalam dapat jugak aku menghadiri majlis pertunangan sepupuku. masing-masing sibuk bekerjaya sampai tak sempat berjumpa..jadi semalam dapatlah bersembang setelah sekian lama tak bersembang. dapat jugak melepas rindu..haha..niway, tahniah pada kak pishah atas pertunangan semalam..:))

Wednesday, November 17, 2010

zaman muda



Tamatlah zaman persekolahan

Ku masih dihantui memori

Waktu Kecil waktu yang gemilang

Oh tuhan ku tak mahu pergi




bila dengar lagu ni muda by hujan..sgt best..rentaknya yg cacthy dan lirik yg simple..sapa2 un boleh paham.Waktu yg paling syok adalah waktu mengaji (mengaji yg di maksudkan di sini adalah belajar.loghat utara sket..hehe)




masa yg akan dikenang adalah zaman persekolahan..macam-macam kenangan ada, jadi budak baik, budak nakal..cikgu suruh pi prep sembunyi blakang katil..haha..yg sembunyi dalam loker pon ada..bila dah matang pakat gelak zaman ngok ngek..anyway, klu jadi budak nakal sikit tak pa sebab dapat rasa zaman muda jiwa tengah memberontak tu macam mana..normal la tu..




Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha


sempena aidiladha yang mulia ini, marilah kita memikirkan apakan pengorbanan besar yang telah kita lakukan. Sebagai insan kerdil jika kita tak dapat melakukan pengorbanan terhadap agama, bangsa atau negara tetapi cukuplah sekadar berkorban untuk kedua ibu bapa kita. Pahalanya tersangat la besar..tidak rugi di dunia dan di akhirat..malah diberkati hidup kita sebagai anak-anak mereka yang diredhai..Tidak gunanya hidup tanpa keredhaan kedua ibu bapa tercinta biar pun harta berkoyan-koyan...Di kesempatan ini.. saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam..