Tuesday, October 25, 2011

deyyy!! happy deepavali

Harini cuti, jadi dapatlah meluangkan masa di rumah..Pagi-pagi lagi dah keluar berjogging..hikhik..lama dah peluh malu-malu nak keluar kan dek kesibukan kerja. Bersenam itu wajib, kerja berpada-pada..masa untuk bersenam haruslah ada..Barulah produktif, negara pon maju..ehehe..

selamat menyambut Deepavali pada yang beragama Hindu

Sunday, August 28, 2011

selamat hari..hari raya


Salam semua..

Selamat hari raya maaf zahir batin diucapkan pada rakan-rakan sekalian. Jikalau ada kata yang mengguris hati dan perasaan harap dimaafkan..Begitu juga dengan sesiapa yang pernah buat salah dengan saya, saya maafkan :)




Sunday, August 21, 2011

lagu jiwa

hari ni tiada mood.lagu ni sesuai untuk di layan.


KOTAK HATI by Hujan

mimpi..mimpi..yang tak kembali
aku janji..janji takkan pergi

Sunday, August 14, 2011

pertengahan ramadhan sudah..

Hari ni masuk 15 ramadhan umat Islam mengerjakan ibadah puasa..tapi adakah ibadah kita sempurna? adakah kita hanya menahan lapar semata-mata?bagaimana pula dengan pancaindera kita yang lain seperti lidah, teliga, mata dan lain-lain? Hanya kita dan Allah yang mengetahui sejauh mana kita menjaga ibadah kita. Oleh itu marilah kita bersama-sama tingkatkan dan perbaiki ibadah. Semoga kita mendapat rahmat dan keredhaan daripadaNya.

Sesudah bangun sahur, saya tidak terus tidur tapi online FB dulu dan terlihat video mengenai kisah Wardina yang sangat menyentuh hati dan dia telah berubah kembali ke jalan yang benar. Beruntunglah kepada manusia yang dipilih Allah untuk menerima hidayahNya.. Di sini ingin saya kongsikan video tentang kisah Wardina mengenai perubahan hidupnya. Alhamdulillah, sejuk mata memandang wanita solehah.



Saturday, August 13, 2011

selamat hari kidal sedunia


Salam semua pembaca...

aku baru tau setelah tengok buletin utama semalam bahawa orang kidal ada hari mereka..disambut pada 13 Ogos di seluruh dunia setiap tahun..Menjadi seseorang kidal kadang kala menjadikan manusia terhebat dan agak menyusahkan...sebab apa gwe kata manusia terhebat?
PERTAMA..orang kidal ini dikatakan berdaya kreatif dan cerdik..ahaha..bangga sekejap walaupun tidaklah seperti yang digambarkan..contoh-contoh manusia kidal yang cerdik dan kreatif adalah Leonardo Da vinci, Albert Einstein, Aristotle dan ramai lagi la..
KEDUA..orang kidal adalah pembersih. Of course la pembersih pabila pisau atau peralatan memasak yang lain dipegang di sebelah kiri manakala makanan dipegang di sebelah kanan..oh, sangat suci dan bersih..:D
KETIGA..orang kidal adalah unik...Selalu jugak gwe berada dalam situasi ni,,bila tengah menulis, ada orang akan tegur, "eh, kidal ka?" cara pertanyaan tu kan ganjil..kiranyanya antara manusia unik la sampai orang lain boleh tegur sampai macam tu sekali..seolah-olah nada kagum..haha..

Apa kata kita lihat pulak part yang dikatakan agak menyusahkan..
PERTAMA..ketika membuat kerja dapur seperti mengupas kentang atau timun yang menggunakan 'peeler'.Sang kidal pasti menggunakan peeler tu dengan secara terbalik kan..pastinya nampak agak ganjil..biarpun nampak ganjil tetapi kerja memasak berjalan lancar..macam tu jugak bila nak guna gunting..klu gwe guna gunting yang mata dia tak rapat tu konfem la tak makan..sebab sesuai untuk orang tangan kanan saja..
KEDUA..masa belajar dulu..kat kelas kan ada kerusi lipat yang dikhaskan untuk orang tangan kanan..bagi saya, ianya agak kurang selesa la..terpaksa kena mengiring badan atau terpaksa mengiring buku...ish2..teruk tu..
KETIGA..time raya mesti buat ketupat kan..time tu jugak la sibuk nak belajar balut ketupat palas..dan pastinya saya sudah give up setiap kali belajar dgn mak tidak menjadi sebab jadi ketupat betina sebab mak ajar guna tangan kanan..agak susah la saya nak cacth up..lantas..saya terus menjadi orang tak pandai balut ketupat palas sehingga hari ini..agak teruk kan perempuan ini..haha..
KEEMPAT..masa kat sekolah dulu kan, saya agak malu kalau makan mee, bihun dengan menggunakan sudu..ya la, kan pegang dengan tangan kiri..mesti orang akan cakap.."euw, dia pegang sudu dengan tangan kiri". memang akan ada situasi kejanggalan yang amat sangat di situ.. kalau makan nasi mestilah dengan tangan kanan ok. penah saya try pegang sudu guna tangan kanan masa makan laksa..orang paling lambat menyuap laksa ke dalam mulut..lalu guna tangan kiri balik la..kan pantas..

Apapun kelebihan dan kekurangan orang kidal ni adalah anugerah dari tuhan..gunakanlah dengan sebaiknya..Adapun pada hari mendatang pabila kita mempunyai anak-anak didiklah anak-anak kita dengan menggunakan tangan kanan sebab dapat pahala lebih bila memulakan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan tangan kanan..


ya, saya seorang kidal..begitu juga dengan, tok wan, abah dan adik comey saya itu..:)

Tuesday, June 28, 2011

dugaan datang, fikiran mestilah positif.

Salam semua. dugaan datang lagi..aku harus tabah tempuhi..redha dengan ujian tersebut..tuhan takkan uji jika hambaNya tidak mampu menempuh dugaan itu. Aku harus kuat..berharap ada sinar di hari mendatang, InsyaAllah..padaMu kuberserah..aminn..

Dugaan itu bisa menghapuskan dosa.


Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:

”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah!Demam anda bertambah teruk.”Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula,“Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”Jawab baginda: ”Semoga!”Kemudian Sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

(Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.



Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."

(at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Sunday, June 26, 2011

sepah menang..yeay!!

Akhirnya, sepah menang jugak..aku memang minat gila kentang kat sepah..masa depa jadi dj kat era slot sepah malam era tu aku slalu dengar..memang depa kretif..ada ja lagu rekaan lawak depa.Setiap minggu persembahan lawak depa sangat konsisten. Aku ingat sepah akan dapat no.2 sebab kalau tengok undian mingguan memang kalah pada jozan..dan jozan jugak mempunyai ramai peminat..

Namun, semua itu berjaya dibuktikan oleh sepah apabila diumumkan sebagai pemenang..jep, siti sarah nangess..ahaha..tak sangka kot depa bleh menang. Rating undian sepah naik mungkin disebabkan pembawaan watak ustazah siti noor bahiyah oleh jepp..sangat cemerlang, dengan nama program 'manisnya kurma ini'..yang nama asalnya semanis kurma. Pembawaan watak ustazah ni telah dikritik oleh segelintir pihak yang katanya menghina tokoh agama..tapi ustazah siti noor bahiyah telah menjawab dengan coolnya tak da melenting pun..

enjoice the video..part 1




part 2




tahniah sepah dan terima kasih kerana menghiburkan setiap mingguku..jepp ensem la..ahaha

Saturday, June 18, 2011

selamat hari bapa ^_^

sempena hari bapa ni..sebagai anak yang mengenang budi..anak ini hanya mampu nak dedicate lagu sahaja..nak beli hadiah ka, nak makan kat restoren ka belum mampu lagi..sob, sob,..abah..terimalah lagu ni dari anakanda..tak pasti sapa penyanyi asal lagu ni..yang penah nyanyi lagu ni broery, seventeen band..yang ni punya versi ariel peterpan feat candil serius band...asiikk..gue sukaa...:)


Wednesday, June 15, 2011

penggodam menyerang laman web kerajaan


Pagi tadi buka tv tengok MHI..nurul shuhada baca paper Kosmo tentang hackers menggodam laman web kerajaan iaitu politeknik, tourism dan kebanyakan pusat pengajian tinggi di Malaysia. Pagi ni aku sempat buka website politeknik yang telah di'hack' tu...boleh la dengar lagu background..pastu siap ada notis berbaur ugutan..haha..


Ni la contoh website yang telah dihack



Punca hal ni terjadi adalah disebabkan ketidakpuasan hati para pen'download' movie. Minggu lepas SKMM telah mengeluarkan 10 senarai laman web muat turun filem yang disekat. Mungkin antara sebab SKMM berbuat demikian adalah untuk mencegah masalah sosial masakini. Bukan semua movie bawak pengaruh elok, yang tak elok pun ada jugak. Sesiapa sahaja tak kira peringkat umur bebas untuk memuat turun movie dengan sesuka hati. Kanak-kanak adalah antara golongan yang mudah terpengaruh. Mungkin SKMM menggunakan langkah ini untuk mencegah masalah sosial daripada menjadi lebih parah.

Diharap penggodam mengenakan tindakan ni untuk sementara saja. Kena ingat sama..sebab kepentingan anda..semua urusan online tergendala..apa pon tak buleh..apa pon tak buleh..

Monday, June 6, 2011

nora elena

Setiap isnin hingga khamis, jam 7 petang mesti tengok cita ni..adik aku yang rekemen suruh tengok cita ni..memang ternyata best..Harini last episod, wajib tonton. Lagu-lagu ost dia memang semua best. Ada part yang aku tak berapa nak bekenan dalam cita ni. Si Nora tu rajin sembahyang tapi pakai skirt ja memanjang...haha..apa pesen ni..tak dapat hidayah lagi kot..kalau budak-budak tanya kan susah nak menjawab.




*saya suka lagu ni*

Monday, May 9, 2011

drama juvana - drama wajib tonton masakini

Setiap isnin malam jam 9.00 malam pastikan menghadap kaca tv saluran 3. Tak pasti sebab apa drama ni sangat menarik perhatian aku untuk menontonnya..Mungkin sebab ada Zahiril Adzim? beserta pengarah yang hebat iaitu Kabir Bhatia..ala yang mengarah drama Nur Kasih yang meletup pom..pom..pom..tu..

Masa episod 1st tengok memang tidak menghampakan. Barisan pelakon baru yang mantap serta mutu lakonan yang bagus. Antara beberapa watak yang aku dapat ingat antaranya Daim (budak jambu yang selalu kena buli), Apek (kawan Daim yang agak kelakar yang byk bagi semangat pada Daim), Botak (exCaptain House dan kepala samseng yg digeruni rakan2), cikgu zakiah (cikgu kaunseling) dan beberapa lagi watak yang aku tak ingat nama. Pastikan tak missed 13 episod..jyeah!!

Ucapan dari team juvana

Friday, April 29, 2011

selamat hari pekerja 2011

Kepada semua pekerja-pekerja di seluruh Malaysia..diucapkan selamat hari pekerja. Mari kita berazam untuk meningkat mutu kerja kita agar kerja yang kita buat berkualiti dan awesome!!

Untuk mendapatkan kerja yang berkualiti diberikan di sini beberapa faktor yang mendorong untuk bekerja dengan lebih rajin:

1. Minat dan sayang pada pekerjaan kita
- Adakah kita minat dan sayang pada pekerjaan kita? Sila jawab sendiri ya..hehe..Kalau dah minat sudah tentulah kita akan jadi lebih semangat untuk bekerja..bahkan kalau buat OT tiap-tiap hari pun tak dak masalah..haha..

2. Suasana tempat kerja
- Keadaan tempat kerja mestilah selesa dan kondusif..Kondusif yang dimaksudkan di sini bukanlah bermaksud lengkap dengan segala-galanya..Tapi bagi saya kalau tempat kerja keadaan teratur, tak berserabut dan ada surau supaya senang kita menunaikan kewajipan..itu dah cukup.

3. Bos yang baik hati dan tidak memberikan tekanan yang tidak keterlaluan
- oh, sangat bahagia jika mendapat bos super baik hati..kat mana nak cari?? lagi satu bos jangan la bagi tekanan sangat..camna pekerja nak perform well?? saya pernah dapat bos yang tiap-tiap hari kena ada meeting..cakap benda yang sama, torture..adeii, tak leh blah la..kan dah membazir masa cakap benda yang sama, masa tu boleh buat kerja lain yang boleh mendatangkan manfaat pada kampeni lagi..

4. Office crush
Adakah ini perlu? ya, bagi anda yang masih bujang..haha..perlu la untuk memotivasikan diri hari-hari rajin nak bekerja..pi kerja sebab nak tengok si dia..what the fish..niat tak betoi..sila kembali ke pangkal jalan. Sebab ni jugak boleh diguna pakai sebab kita kalau admired atau inspired kat seseorang mesti akan dapat buat kerja bersungguh-sungguh dengan luar biasa..normal la tu kan..

setakat ni saja kot point yang dapat diberikan..tak dapat pikir lagi..apa-apa pon..mari kita tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi bak kata melodi.

Wednesday, April 20, 2011

aku meluat la...

meluat kat jantan bila nampak pompuan tiba-tiba jadi gedik..nak layan semua pompuan, nak tunjuk rajin, super hero..blah la weiii..ni la situasi yang ada kat tempat kerja aku..memang tak paham laki sebab men are from mars, women are from venus..sekian untuk hari ini

Thursday, April 7, 2011

iklan menarik perhatianku



First time tengok iklan ni kat tv cam best ja tgk yuna buat sky diving. Lagu background juga enak didengar..berjudul super something..yakinkah nak melakukan sky diving ni, bungee jumping pun tak penah try lagi..flying fox yang basic tu pun aku tak penah try..gayaattt..hahahah..

Sunday, April 3, 2011

oh, politik lucah

Aku jijik nak ikuti perkembangan berita tersebut..Tolonglah..manusia-manusia berkenaan..jika benar mau menjatuhkan seseorang..gunalah taktik yang agak bersih sikit. what the fishhh..lepas satu..satu..agenda dijalankan untuk memperbodohkan rakyat.

Monday, March 14, 2011

bencana alam di sana sini

Terbaru, bencana alam gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun iaitu di Fukushima. Dunia sudah semakin tua dan tak berdaya menampung segala pencemaran air, udara..mari selamatkan dunia kita. Mulakan menjaga alam sekitar, kurangkan penggunaan plastik

Wednesday, March 9, 2011

video klip waiting for the end ada unsur illuminati?

Illuminati ni adalah satu gerakan konspirasi melakukan agenda New World Order. Kebanyakan pemimpin dunia termasuk di bawah agenda ini. Selain itu artis juga tidak terkecuali dalam menyebarkan gerakan ni, antara artis yang paling jelas dilihat menonjolkan mesej dan simbol-simbol illuminati samada dalam video klip atau lirik lagu adalah Lady Gaga. Lagu waiting for the end adalah lagu terkini daripada Linkin Park, band yang tak perlu diperkenalkan lagi. First time dengar lagu ni memang best, sampai aku buat caller ringtone la..Bila tengok video klip dia baru perasan ada unsur illuminati di situ.. Kalau nak tgk video klip penuh klik sini

Ada satu objek yang aku terperasan sangat jelas tentang simbol illuminati ni.



Objek segitiga dan mata di tengahnya..itu paling jelas..pastu try gugel cari pasal lagu linkin park ni..ternyata bener deh tebakan gue.

Ini adalah objek menyerupai kepala kambing atau baphomet. Baphomet ini adalah satu kuasa jahat atau syaitan yang dipuja dalam gerakan ini.



Baphomet

Sumber: sini

Semakin hari, semakin banyak dakyah-dakyah sesat yang menular dalam masyarakat dunia. Kita sebagai umat Islam sebaiknya berhati-hati agar akidah tidak terpesong.

Tuesday, March 8, 2011

larian tambak!!

Ni la aktiviti saya menjelangnya hari minggu..haruss la berasa rajin..buang segala sikap malas untuk mendapatkan bentuk badan super slim..haha..Tiap-tiap minggu pasti saya akan ke tambak bersama adik saya atau pun kalau dia malas bangun pagi sorang-sorang pun saya pi jugakk..ni la rupa tambak tu..tambak ni sebenarnya dibina sebagai penghadang ombak atau pun jika berlaku bencana alam seperti tsunami. tambak ni jugak digunakan sebagai trek beriadah. Mai kita layan gambaq joging kat tambak..


ni la yang dinamakan tambak

best ooo..kena angin tengah laut kat sini


bukan tu saja..bot nelayan pun ada naa..


ni la teman larian tambak

Kesimpulannya..berjogging setiap minggu di sini adalah menyeronokkan..selagi peluh tak keluar bercerau..selagi tu takkan balik..ahaha..mari jogging lagi minggu depan.

Wednesday, March 2, 2011

adakah berclubbing itu up to date??

Saya ingin berdiskusi tentang tajuk ni sebab saya lihat dari kaca mata saya *haha..bajet macam cendiakawan* budaya berclubing sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kita pada hari ni. Seawal usia remaja telah terjebak dalam gejala yang kurang bermoral ini..masyaAllah..

Semalam sebuah rancangan 360 di tv3 ada mengupas tajuk tentang budaya songsang ini. Walaupun hanya setengah jam tapi harap dapat membuka minda dan hati seluruh masyarakat untuk berfikir dan berubah dari cara hidup yang merosakkan diri kita.

Dalam rancangan 360 tersebut, wartawan ada menemuramah seorang pengunjung kelab malam..katanya..kalau dah masuk tu, haruslah minum..OMG..istilah 'minum' tu merujuk kepada air kencing setan ok..bukanla soft drink seperti coke itu...Yang paling sedih, pengunjung kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu..kenyataan yang diberikan oeh pengunjung tersebut menunjukkan betapa seorang umat Islam itu tidak boleh berfikir sama ada perkara yang dilakukan itu halal atau haram..

Mari kita tadahkan tangan dan berdoa kepada tuhan mintak insan2 tersebut dibukakan hati bertaubat dan kembali ke pangkal jalan serta kita dipelihara dari melakukan segala perbuatan mungkar..aminn..

Thursday, February 24, 2011

mau bayar ptptn..cepat la selesai hutang!!

selama ini kerunsingan melanda diri tentang status pinjaman..adakah layak mendapat potongan 1% tersebut? Dulu penah pihak ptptn bg emel utk penukaran kadar faedah yang dikenakan daripada 3% kpd 1%. saya pun terus la isi maklumat yang dia nak tu..memang simple ja isi..tak sampai 5 menit pun. Kemudian, ada emel dari ptptn bagitau tak layak memohon lagi sbb tempoh permohonan tak sampai lagi.

Ok la, tunggu dulu..pastu sampai pulak surat dari ptptn suruh update maklumat utk dapatkan kelonggaran pengurangan pembayaran tu..siap ada due date 28 februari 2011 lagi tuh..saya pun terus masuk website, masukkan no. ic dan emel..pastu keluar mesej camni..

Pelajar yang mempunyai "Grace Period" tamat selepas Oktober kerana Jadual Bayaran Balik masih belum di plot.

oh, apakah maksud mesej tersebut..sungguh tak paham..untuk mengatasi masalah tersebut, saya terus call ptptn dan tanya camna bleh jadi camtu..cik pegawai tu bgtau sy tak layak mohon lagi..tunggu sehingga jadual pembayaran akan dikeluarkan..haha!! senang hati saya dpt jawapan camtu..buat ketaq ja kalau tak dapat byr interest 1% tu..jadi lepas ni bersedia membayar..hoyeh!! syok plak..pelik..pelik..

Wednesday, February 23, 2011

I'm Yours Acoustic



vanessa hudgens alike!! very cute and talented..wishing her can be famous like justin bieber

Saturday, February 5, 2011

semoga rakyat malaysia di mesir selamat

Punca rusuhan yang berlaku di Mansoura, Mesir adalah disebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden mereka iaitu Hosni Mubarak yang telah memerintah selamat 3 dekad tetapi tiada perubahan yang berlaku kepada negara tersebut. Oleh itu, rakyat Mesir berusaha menggulingkan presiden mereka.

Kekacauan telah berlaku menyebabkan aktiviti terpaksa dihentikan, perkhidmatan internet tidak dapat diakses. Namun, ketika ini..perkhidmatan internet sudah dapat diakses semula, mesin ATM dapat berfungsi semula. Mendengar tentang perkembangan terkini ini dapat mengubat kerisauan seluruh rakyat Malaysia.

Khabarnya seramai 5000 banduan telah terlepas. Jumlah sebegitu bukannya sedikit dan banduan tersebut bukan calang-calang penjenayah. Hal inilah yang merisaukan kaum keluarga rakyat Malaysia kita. Namun, syukur alhamdulilah, rakyat kita di sana selamat. Ada juga blog-blog yang memaparkan kisah tokok tambah yang menambahkan kerisauan masyarakat. Abaikan saja. Mari kita berdoa semoga 11000 rakyat Malaysia di sana selamat, tiada pertumpahan darah dan keadaan politik di sana akan kembali stabil.

Saturday, January 29, 2011

turunkan berat badan!!

Kalau cuti ja pagi-pagi mesti saya membawa haluan ke tambak, langkawi lagoon bukan untuk mengubati kekecewaan atau mencari ilham tapi pergi untuk berjoging..haha..buang segala lemak-lemak yang ada...

Setiap pagi atau petang mesti buat 'skipping rope' lebih kurang 1 jam. Walaupun inilah aktiviti yang paling murah, tapi aktiviti ini mampu membakar kalori yang banyak dan mampu menurunkan berat badan. Tapi kena bersabar sebab ambil masa yang lama jugak untuk hasilnya tapi tidak memudaratkan pada badan anda..percayalah..

Semoga aku akan kurus macam Aizat Amdan...bak pepatah arab kata..man jadda wa jadda :)

Sunday, January 23, 2011

cuba mencari semangat...

Kuharap semakin hari semakin ku bersemangat menempuhi liku-liku hidup....semoga kutemukan apa yang kucari selama ini..bersyukurlah apa yang ada pada diri kita..ada lagi insan yang lebih lemah, lebih kurang bernasib baik dari kamu...bersabarlah dengan dugaan yang datang..*nyanyi sikit..haha* nampak ketarakah dilema di wajahku....wowo..

Thursday, January 6, 2011

a few more minutes...

owh..tinggal beberapa minit saja lagi mau jam 7 malam..sangat mengantok..esok off day..moga aktiviti esok berjalan lancar..joging di tambak (dekat langkawi lagoon), kemas-kemas rumah, membeli belah di pekan kuah..akan kujalani hari esok dengan sepenuh hati..yeah!!

Wednesday, January 5, 2011

selamat tahun baru!!!

sempena tahun baru ini. setiap daripada kita haruslah menanamkan sekurang-kurangnya satu azam bagi mencapai sesuatu matlamat. Azam saya pada tahun ni adalah mendapatkan pekerjaan yang terbaik dan menyayangi kerjaya saya sepenuh hati..azam ni la yang paling utama...yang lain-lain tu ada tapi banyak sangat nak senarai..anyway..focus the most priority first..the job..hope you will achieve it..:)