Tuesday, June 28, 2011

dugaan datang, fikiran mestilah positif.

Salam semua. dugaan datang lagi..aku harus tabah tempuhi..redha dengan ujian tersebut..tuhan takkan uji jika hambaNya tidak mampu menempuh dugaan itu. Aku harus kuat..berharap ada sinar di hari mendatang, InsyaAllah..padaMu kuberserah..aminn..

Dugaan itu bisa menghapuskan dosa.


Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:

”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah!Demam anda bertambah teruk.”Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula,“Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”Jawab baginda: ”Semoga!”Kemudian Sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

(Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.



Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."

(at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Sunday, June 26, 2011

sepah menang..yeay!!

Akhirnya, sepah menang jugak..aku memang minat gila kentang kat sepah..masa depa jadi dj kat era slot sepah malam era tu aku slalu dengar..memang depa kretif..ada ja lagu rekaan lawak depa.Setiap minggu persembahan lawak depa sangat konsisten. Aku ingat sepah akan dapat no.2 sebab kalau tengok undian mingguan memang kalah pada jozan..dan jozan jugak mempunyai ramai peminat..

Namun, semua itu berjaya dibuktikan oleh sepah apabila diumumkan sebagai pemenang..jep, siti sarah nangess..ahaha..tak sangka kot depa bleh menang. Rating undian sepah naik mungkin disebabkan pembawaan watak ustazah siti noor bahiyah oleh jepp..sangat cemerlang, dengan nama program 'manisnya kurma ini'..yang nama asalnya semanis kurma. Pembawaan watak ustazah ni telah dikritik oleh segelintir pihak yang katanya menghina tokoh agama..tapi ustazah siti noor bahiyah telah menjawab dengan coolnya tak da melenting pun..

enjoice the video..part 1




part 2




tahniah sepah dan terima kasih kerana menghiburkan setiap mingguku..jepp ensem la..ahaha

Saturday, June 18, 2011

selamat hari bapa ^_^

sempena hari bapa ni..sebagai anak yang mengenang budi..anak ini hanya mampu nak dedicate lagu sahaja..nak beli hadiah ka, nak makan kat restoren ka belum mampu lagi..sob, sob,..abah..terimalah lagu ni dari anakanda..tak pasti sapa penyanyi asal lagu ni..yang penah nyanyi lagu ni broery, seventeen band..yang ni punya versi ariel peterpan feat candil serius band...asiikk..gue sukaa...:)


Wednesday, June 15, 2011

penggodam menyerang laman web kerajaan


Pagi tadi buka tv tengok MHI..nurul shuhada baca paper Kosmo tentang hackers menggodam laman web kerajaan iaitu politeknik, tourism dan kebanyakan pusat pengajian tinggi di Malaysia. Pagi ni aku sempat buka website politeknik yang telah di'hack' tu...boleh la dengar lagu background..pastu siap ada notis berbaur ugutan..haha..


Ni la contoh website yang telah dihack



Punca hal ni terjadi adalah disebabkan ketidakpuasan hati para pen'download' movie. Minggu lepas SKMM telah mengeluarkan 10 senarai laman web muat turun filem yang disekat. Mungkin antara sebab SKMM berbuat demikian adalah untuk mencegah masalah sosial masakini. Bukan semua movie bawak pengaruh elok, yang tak elok pun ada jugak. Sesiapa sahaja tak kira peringkat umur bebas untuk memuat turun movie dengan sesuka hati. Kanak-kanak adalah antara golongan yang mudah terpengaruh. Mungkin SKMM menggunakan langkah ini untuk mencegah masalah sosial daripada menjadi lebih parah.

Diharap penggodam mengenakan tindakan ni untuk sementara saja. Kena ingat sama..sebab kepentingan anda..semua urusan online tergendala..apa pon tak buleh..apa pon tak buleh..

Monday, June 6, 2011

nora elena

Setiap isnin hingga khamis, jam 7 petang mesti tengok cita ni..adik aku yang rekemen suruh tengok cita ni..memang ternyata best..Harini last episod, wajib tonton. Lagu-lagu ost dia memang semua best. Ada part yang aku tak berapa nak bekenan dalam cita ni. Si Nora tu rajin sembahyang tapi pakai skirt ja memanjang...haha..apa pesen ni..tak dapat hidayah lagi kot..kalau budak-budak tanya kan susah nak menjawab.




*saya suka lagu ni*