Monday, March 14, 2011

bencana alam di sana sini

Terbaru, bencana alam gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun iaitu di Fukushima. Dunia sudah semakin tua dan tak berdaya menampung segala pencemaran air, udara..mari selamatkan dunia kita. Mulakan menjaga alam sekitar, kurangkan penggunaan plastik

Wednesday, March 9, 2011

video klip waiting for the end ada unsur illuminati?

Illuminati ni adalah satu gerakan konspirasi melakukan agenda New World Order. Kebanyakan pemimpin dunia termasuk di bawah agenda ini. Selain itu artis juga tidak terkecuali dalam menyebarkan gerakan ni, antara artis yang paling jelas dilihat menonjolkan mesej dan simbol-simbol illuminati samada dalam video klip atau lirik lagu adalah Lady Gaga. Lagu waiting for the end adalah lagu terkini daripada Linkin Park, band yang tak perlu diperkenalkan lagi. First time dengar lagu ni memang best, sampai aku buat caller ringtone la..Bila tengok video klip dia baru perasan ada unsur illuminati di situ.. Kalau nak tgk video klip penuh klik sini

Ada satu objek yang aku terperasan sangat jelas tentang simbol illuminati ni.



Objek segitiga dan mata di tengahnya..itu paling jelas..pastu try gugel cari pasal lagu linkin park ni..ternyata bener deh tebakan gue.

Ini adalah objek menyerupai kepala kambing atau baphomet. Baphomet ini adalah satu kuasa jahat atau syaitan yang dipuja dalam gerakan ini.



Baphomet

Sumber: sini

Semakin hari, semakin banyak dakyah-dakyah sesat yang menular dalam masyarakat dunia. Kita sebagai umat Islam sebaiknya berhati-hati agar akidah tidak terpesong.

Tuesday, March 8, 2011

larian tambak!!

Ni la aktiviti saya menjelangnya hari minggu..haruss la berasa rajin..buang segala sikap malas untuk mendapatkan bentuk badan super slim..haha..Tiap-tiap minggu pasti saya akan ke tambak bersama adik saya atau pun kalau dia malas bangun pagi sorang-sorang pun saya pi jugakk..ni la rupa tambak tu..tambak ni sebenarnya dibina sebagai penghadang ombak atau pun jika berlaku bencana alam seperti tsunami. tambak ni jugak digunakan sebagai trek beriadah. Mai kita layan gambaq joging kat tambak..


ni la yang dinamakan tambak

best ooo..kena angin tengah laut kat sini


bukan tu saja..bot nelayan pun ada naa..


ni la teman larian tambak

Kesimpulannya..berjogging setiap minggu di sini adalah menyeronokkan..selagi peluh tak keluar bercerau..selagi tu takkan balik..ahaha..mari jogging lagi minggu depan.

Wednesday, March 2, 2011

adakah berclubbing itu up to date??

Saya ingin berdiskusi tentang tajuk ni sebab saya lihat dari kaca mata saya *haha..bajet macam cendiakawan* budaya berclubing sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kita pada hari ni. Seawal usia remaja telah terjebak dalam gejala yang kurang bermoral ini..masyaAllah..

Semalam sebuah rancangan 360 di tv3 ada mengupas tajuk tentang budaya songsang ini. Walaupun hanya setengah jam tapi harap dapat membuka minda dan hati seluruh masyarakat untuk berfikir dan berubah dari cara hidup yang merosakkan diri kita.

Dalam rancangan 360 tersebut, wartawan ada menemuramah seorang pengunjung kelab malam..katanya..kalau dah masuk tu, haruslah minum..OMG..istilah 'minum' tu merujuk kepada air kencing setan ok..bukanla soft drink seperti coke itu...Yang paling sedih, pengunjung kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu..kenyataan yang diberikan oeh pengunjung tersebut menunjukkan betapa seorang umat Islam itu tidak boleh berfikir sama ada perkara yang dilakukan itu halal atau haram..

Mari kita tadahkan tangan dan berdoa kepada tuhan mintak insan2 tersebut dibukakan hati bertaubat dan kembali ke pangkal jalan serta kita dipelihara dari melakukan segala perbuatan mungkar..aminn..