Saturday, February 5, 2011

semoga rakyat malaysia di mesir selamat

Punca rusuhan yang berlaku di Mansoura, Mesir adalah disebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden mereka iaitu Hosni Mubarak yang telah memerintah selamat 3 dekad tetapi tiada perubahan yang berlaku kepada negara tersebut. Oleh itu, rakyat Mesir berusaha menggulingkan presiden mereka.

Kekacauan telah berlaku menyebabkan aktiviti terpaksa dihentikan, perkhidmatan internet tidak dapat diakses. Namun, ketika ini..perkhidmatan internet sudah dapat diakses semula, mesin ATM dapat berfungsi semula. Mendengar tentang perkembangan terkini ini dapat mengubat kerisauan seluruh rakyat Malaysia.

Khabarnya seramai 5000 banduan telah terlepas. Jumlah sebegitu bukannya sedikit dan banduan tersebut bukan calang-calang penjenayah. Hal inilah yang merisaukan kaum keluarga rakyat Malaysia kita. Namun, syukur alhamdulilah, rakyat kita di sana selamat. Ada juga blog-blog yang memaparkan kisah tokok tambah yang menambahkan kerisauan masyarakat. Abaikan saja. Mari kita berdoa semoga 11000 rakyat Malaysia di sana selamat, tiada pertumpahan darah dan keadaan politik di sana akan kembali stabil.

No comments: