Friday, April 29, 2011

selamat hari pekerja 2011

Kepada semua pekerja-pekerja di seluruh Malaysia..diucapkan selamat hari pekerja. Mari kita berazam untuk meningkat mutu kerja kita agar kerja yang kita buat berkualiti dan awesome!!

Untuk mendapatkan kerja yang berkualiti diberikan di sini beberapa faktor yang mendorong untuk bekerja dengan lebih rajin:

1. Minat dan sayang pada pekerjaan kita
- Adakah kita minat dan sayang pada pekerjaan kita? Sila jawab sendiri ya..hehe..Kalau dah minat sudah tentulah kita akan jadi lebih semangat untuk bekerja..bahkan kalau buat OT tiap-tiap hari pun tak dak masalah..haha..

2. Suasana tempat kerja
- Keadaan tempat kerja mestilah selesa dan kondusif..Kondusif yang dimaksudkan di sini bukanlah bermaksud lengkap dengan segala-galanya..Tapi bagi saya kalau tempat kerja keadaan teratur, tak berserabut dan ada surau supaya senang kita menunaikan kewajipan..itu dah cukup.

3. Bos yang baik hati dan tidak memberikan tekanan yang tidak keterlaluan
- oh, sangat bahagia jika mendapat bos super baik hati..kat mana nak cari?? lagi satu bos jangan la bagi tekanan sangat..camna pekerja nak perform well?? saya pernah dapat bos yang tiap-tiap hari kena ada meeting..cakap benda yang sama, torture..adeii, tak leh blah la..kan dah membazir masa cakap benda yang sama, masa tu boleh buat kerja lain yang boleh mendatangkan manfaat pada kampeni lagi..

4. Office crush
Adakah ini perlu? ya, bagi anda yang masih bujang..haha..perlu la untuk memotivasikan diri hari-hari rajin nak bekerja..pi kerja sebab nak tengok si dia..what the fish..niat tak betoi..sila kembali ke pangkal jalan. Sebab ni jugak boleh diguna pakai sebab kita kalau admired atau inspired kat seseorang mesti akan dapat buat kerja bersungguh-sungguh dengan luar biasa..normal la tu kan..

setakat ni saja kot point yang dapat diberikan..tak dapat pikir lagi..apa-apa pon..mari kita tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi bak kata melodi.

No comments: